Friday, 20 December 2019

Finally! Dapat kuarters!!!

Assalamualaikum and salam sejahtera uolls~

Semalam adalah hari paling happy bagi diri I. Finally after 3 years of waiting, BPH call sebab nombor giliran I dah sampai. Ya Allah happy dia Allah je yang tahu macamana.

Mulanya I masuk kerja bulan Jun 2016, then I apply kuarters bulan ogos 2016 (sebab baru dapat gaji setelah 3 bulan berkhidmat). I layak kuarters gred E. Tapi di sebabkan que yang tersangatlah panjang sampai ke 5k lebih, I setuju lah untuk downgrade ke gred F. Kalau tak downgrade mau nya pencen baru dapat.Gred E ni teres, gred F pula apartment dengan keluasan 1200sqft.

Ceritanya bila bulan Oktober 2019 I menamatkan zaman bujang I dengan my fiance after 1 year engagement. Kiteorang menyewa PPAM di Putrajaya dengan sewa RM900. Tahulah kadar sewa di Putrajaya amatlah mahal. Paling murah lah tu RM900. Ramai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga memilih untuk tinggal di Kajang, Bangi dan Dengkil kerana sewa lebih murah around RM650-RM750. Namun, husband I tak bagi duduk jauh. Sebab bagi dia sama sahaja. Sewa rumah di Putrajaya RM900, tak jem, dekat dengan office dan tak stress-stress bila rushing nak pergi kerja. Tapi bila duduk kajang or bangi, mau nya kena hadap jem hari-hari, dengan kos minyak, stress. Lagipun husband kerja shift, so dia kata takperlah dulu menyewa. Kalau terjadi apa-apa senang sebab dekat.

Husband I baik sangat. Dia kata percaya pada rezeki. Orang baru berumahtangga ni Allah akan bantu. Lagipun I dan dia dan apply kuarters dari dulu. Itu kira usaha kiteorang. Alhamdulillah, segalanya terjawab. Bila BPH call.

Ayat dia macam ni:

"Assalamualaikum Puan ... ke ni?"
"Ya saya, ni siapa ye?"
"Saya dari BPH, JPM. Puan, nombor giliran kuarters Puan dah sampai. Puan setuju tak untuk terima kuarters downgrade gred F?"
"Alhamdulillah, setujuuuu!" (Punya aku excited sampai terjerit, sorry Puan BPH~)
"Sebelum tu, Puan ada buat loan dengan LPPSA tak, ada rumah tak area sini?"
"Tiada Puan." (Yang ni dia tanya sebab kalau kita ada pinjaman LPPSA, and ada rumah berdekatan dengan Putrajaya (Kajang, Bangi, Dengkil etc) maybe agak susah untuk dapat kuarters.)
"Baik Puan, nanti akan ada pegawai BPH lain yang call ye. Terima kasih."

And after 2 weeks berhempas pulas menguruskan perihal kuarters, sahlah kiteorang menjadi pemilik. (Buat sementara waktu sebelum pencen atau beli rumah)

I dapat kuarters Presint 17 blok lama. Takpelah blok lama, at least dapat ye dok?

Ni sneak peek kuarters yang I dapat:

Dapur dengan fully table top. Cuma kaler oren haha. Kat dapur ni ada beranda dan tempat sidai baju tapi agak sempit sikit. Tapi muatlah mesin basuh 10kg.

Ruang tamu yang sangat luas but no beranda :( .. (it's okay)

Master bedroom (Tandas master bedroom lupa nak snap)

Build in almari dalam master bedroom 

Jalan terus tu tandas, kiri dan kanan tu bilik

I sangat bersyukur finally dapat kuarters ni. Sebab boleh save duit. Daripada bayar sewa RM900 bulan-bulan. Boleh save sikit-sikit untuk beli barang lain. Kiteorang baru kahwin banyak benda tak lengkap lagi. Katil, almari, sofa xde lagi. Barang penting je yang ada setakat ni. 

Rumah ni kire bersih lah jugak. Pihak maintanence dah bersihkan apa yang patut, cat rumah, tukar pintu baru, jamban baru, cat grill rumah, paip-paip, sinki, and repair cabinet. I rasa thats why peruntukan untuk maintanance kena cas banyak and BPH selalu kekurangan peruntukan. Cuma lampu still yang lama sebab nampak kekuningan. Cat pun baru. Cat oren tu memang signature kuarters presint 17. Semua rumah baru dia akan cat oren dekat satu part dinding ni.

I harap to uolls yang dah bertahun mohon kuarters, semoga dipermudahkan. Banyakkan bersabar ye. Jangan kondem sana sini pasal BPH lambat lah, pasal pakai orang dalam ke. Yes I admit, memang kes macam tu ada, even my co workers. Tapi takpe, we let Allah decide for us. I fully tunggu que ikut nombor giliran. Always pray untuk dipermudahkan. Kalau uolls dah buat permohonan, kira uolls dah ada effort, insyaAllah akan ada peluang. I doakan untuk uolls semua!

Ok tu sahaja entri untuk kali ni. Bye2..








Monday, 18 March 2019

Tips Penting Peperiksaan Perkhidmatan Awam JPA!

Hi guys!

Hari ni I just nak share sikit berkenaan dengan Tips Penting Peperiksaan Perkhidmatan Awam JPA. Btw, tahniah untuk yang berjaya sebab bukan semua orang berpeluang untuk menjawat jawatan di dalam kerajaan. Tak kira lah gred apa pun, you guys kena sangat bersyukur ok? Sebab ramai lagi di luar sana yang masih memohon tapi belum berjaya.


Untuk nak confirm dalam perkhidmatan ni kena melepasi dua syarat ni.


1. Lulus peperiksaan perkhidmatan awam JPA;

2. Menghadiri kursus Program Transformasi Minda (PTM)


So far untuk peperiksaan, I wajib ambil dua bahagian iaitu Bahagian A (Umum) dan Bahagian B (Perundangan). Tapi setiap gred dan skim tak sama. Ada yang hanya wajib ambil Bahagian A dan sebaliknya. Dan ada juga peperiksaan yang khusus untuk sesetengah skim.


Peperiksaan Perkhidmatan ni basically an open book test. Setiap soalan, jawapan dia semua memang dah tertera dekat buku and you guys dibenarkan menjawab sambil merujuk kepada buku. You guys cuma perlu rajin, tahu di mana nak cari jawapan.


Tips nak lulus dengan sekali percubaan? Haa meh baca baik-baik .. sebab kadang ada individu yang suka ambil mudah, nampak macam kacang je sebab open book test, padahal ramai je yang repeat exam ni. Even my friend jurusan undang-undang pun boleh repeat.


Tips:


a. Pastikan bahan bacaan buku-buku mencukupi.

  • Sebelum tarikh peperiksaan, JPA akan berikan senarai rujukan. Jangan tanya I apa dia bahan rujukan tu ok, sebab setiap batch tak sama. So, you guys cari lah bahan bacaan tu. 
  • Bagi sesetengah Jabatan atau Kementerian, ada sediakan khidmat pinjaman buku sebab diorang ada perpustakaan sendiri. Bagi yang tiada, kena lah cari dan beli dekat bookstores atau perpustakaan daerah dan sebagainya. Boleh tanya member yang pernah ambil exam, mana tahu boleh pinjam buku.
  • Memang agak susah nak beli sebab akta-akta bagai tu bukan murah. Kalau nak old school punya style, boleh download PDF dari google and printkan dan bukukan sendiri.
  • Kalau bahan bacaan tak berapa lengkap takpe, yang penting akta-akta specially Perintah Am tu kene ada.
  • Also pastikan bahan bacaan tu up to date. Jangan beli/ pinjam akta yang dan tak boleh pakai (outdated).
b. Study!
  • Ok, yang ni memang agak scary kan. Biasalah dah kerja setahun dua, otak memang agak karat sikit. 
  • Maksud I study di sini is you guys kena familiar dengan every topic yang ada. Contoh bahagian cuti dekat bab mana, bahagian tatatertib dekat muka surat mana. Secara ringkasnya you guys baca dan faham kan. Tak perlu ingat satu-satu (Kalau hafal kira bonus!).
  • Jangan dua tiga hari nak exam baru nak scan semua akta, memang tak boleh lah hadam.
  • Take time baca secara santai-santai, lama-lama you guys akan familiar. Sebab beberapa bab ni adalah benda yang korang buat setiap hari macam mohon cuti, mohon barang stor dan sebagainya.
c. Cara menjawab soalan
  • Dalam satu bahagian ada beberapa nombor soalan. Dan soalan-soalan dia mix sama ada problematic question atau fact question.
  • Kalau problematic question tu, you guys kena jawab berdasarkan kes yang di berikan. Contoh, Ali sudah tidak menghadirkan diri selama 10 hari tanpa sebab munasabah. Apakah yang perlu majikan Ali lakukan sebagai Ketua Jabatan? (Ni contoh je tau). So, cara nak jawab, mulakan dengan merujuk akta/sumber buku. "Merujuk kepada Perintah Am bab bla bla blaa ...". If possible, catit semua apa yang ada dalam buku. Hurailah sikit-sikit untuk mudah fahami.
  • Kalau soalan jenis fact, dia akan tanya direct. Contoh, Senaraikan tanggungjawab Ketua Jabatan.
  • Di nasihatkan jawab dalam bentuk esei yang mudah di fahami. Bahagikan dengan beberapa perenggan dan langkah satu baris. 
  • Actually, cara jawab tak penting sama ada dalam bentuk point atau esei, yang penting jawapan tu menepati kehendak soalan.
d. Hari peperiksaan
  • Pastikan ada sarapan dan bawa air mineral secukupnya. 
  • Biasanya penempatan peperiksaan adalah rambang dan kadang-kadang dapat lagi jauh daripada pejabat tempat kita bekerja. I dulu kerja dekat Putrajaya, I dapat dekat IKBN Banting.
  • Buku-buku rujukan dan SLIP PEPERIKSAAN jangan lupa bawa sekali.
  • Makesure, pakai pakaian yang kemas dan formal. 
  • Selawat, banyakkan berdoa. Betulkan niat untuk ambil peperiksaan, untuk confirm dan kerja untuk bantu keluarga.
Haa .. itulah jelah kot tips I. Tips I maybe tak sama macam orang lain, Cuma ini jelah tips yang I pakai untuk ambil exam dengan sekali percubaan. 

Actually, exam ni takdelah susah, tapi I mohon sangat-sangat, jangan ambil mudah. Once you repeat exam, proses nak confirm akan lambat, menyebabkan you ketinggalan dari batch you masa lapor diri. 

Keputusan peperiksaan ni boleh di semak di laman web JPA dalam 3 bulan selepas tarikh exam. Always try and error la mana tahu results keluar awal. 

I doakan you guys semua di permudahkan urusan menjawab nanti dan mendapat keputusan yang cemerlang.

Thank you!