Friday, 20 December 2019

Finally! Dapat kuarters!!!

Assalamualaikum and salam sejahtera uolls~

Semalam adalah hari paling happy bagi diri I. Finally after 3 years of waiting, BPH call sebab nombor giliran I dah sampai. Ya Allah happy dia Allah je yang tahu macamana.

Mulanya I masuk kerja bulan Jun 2016, then I apply kuarters bulan ogos 2016 (sebab baru dapat gaji setelah 3 bulan berkhidmat). I layak kuarters gred E. Tapi di sebabkan que yang tersangatlah panjang sampai ke 5k lebih, I setuju lah untuk downgrade ke gred F. Kalau tak downgrade mau nya pencen baru dapat.Gred E ni teres, gred F pula apartment dengan keluasan 1200sqft.

Ceritanya bila bulan Oktober 2019 I menamatkan zaman bujang I dengan my fiance after 1 year engagement. Kiteorang menyewa PPAM di Putrajaya dengan sewa RM900. Tahulah kadar sewa di Putrajaya amatlah mahal. Paling murah lah tu RM900. Ramai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga memilih untuk tinggal di Kajang, Bangi dan Dengkil kerana sewa lebih murah around RM650-RM750. Namun, husband I tak bagi duduk jauh. Sebab bagi dia sama sahaja. Sewa rumah di Putrajaya RM900, tak jem, dekat dengan office dan tak stress-stress bila rushing nak pergi kerja. Tapi bila duduk kajang or bangi, mau nya kena hadap jem hari-hari, dengan kos minyak, stress. Lagipun husband kerja shift, so dia kata takperlah dulu menyewa. Kalau terjadi apa-apa senang sebab dekat.

Husband I baik sangat. Dia kata percaya pada rezeki. Orang baru berumahtangga ni Allah akan bantu. Lagipun I dan dia dan apply kuarters dari dulu. Itu kira usaha kiteorang. Alhamdulillah, segalanya terjawab. Bila BPH call.

Ayat dia macam ni:

"Assalamualaikum Puan ... ke ni?"
"Ya saya, ni siapa ye?"
"Saya dari BPH, JPM. Puan, nombor giliran kuarters Puan dah sampai. Puan setuju tak untuk terima kuarters downgrade gred F?"
"Alhamdulillah, setujuuuu!" (Punya aku excited sampai terjerit, sorry Puan BPH~)
"Sebelum tu, Puan ada buat loan dengan LPPSA tak, ada rumah tak area sini?"
"Tiada Puan." (Yang ni dia tanya sebab kalau kita ada pinjaman LPPSA, and ada rumah berdekatan dengan Putrajaya (Kajang, Bangi, Dengkil etc) maybe agak susah untuk dapat kuarters.)
"Baik Puan, nanti akan ada pegawai BPH lain yang call ye. Terima kasih."

And after 2 weeks berhempas pulas menguruskan perihal kuarters, sahlah kiteorang menjadi pemilik. (Buat sementara waktu sebelum pencen atau beli rumah)

I dapat kuarters Presint 17 blok lama. Takpelah blok lama, at least dapat ye dok?

Ni sneak peek kuarters yang I dapat:

Dapur dengan fully table top. Cuma kaler oren haha. Kat dapur ni ada beranda dan tempat sidai baju tapi agak sempit sikit. Tapi muatlah mesin basuh 10kg.

Ruang tamu yang sangat luas but no beranda :( .. (it's okay)

Master bedroom (Tandas master bedroom lupa nak snap)

Build in almari dalam master bedroom 

Jalan terus tu tandas, kiri dan kanan tu bilik

I sangat bersyukur finally dapat kuarters ni. Sebab boleh save duit. Daripada bayar sewa RM900 bulan-bulan. Boleh save sikit-sikit untuk beli barang lain. Kiteorang baru kahwin banyak benda tak lengkap lagi. Katil, almari, sofa xde lagi. Barang penting je yang ada setakat ni. 

Rumah ni kire bersih lah jugak. Pihak maintanence dah bersihkan apa yang patut, cat rumah, tukar pintu baru, jamban baru, cat grill rumah, paip-paip, sinki, and repair cabinet. I rasa thats why peruntukan untuk maintanance kena cas banyak and BPH selalu kekurangan peruntukan. Cuma lampu still yang lama sebab nampak kekuningan. Cat pun baru. Cat oren tu memang signature kuarters presint 17. Semua rumah baru dia akan cat oren dekat satu part dinding ni.

I harap to uolls yang dah bertahun mohon kuarters, semoga dipermudahkan. Banyakkan bersabar ye. Jangan kondem sana sini pasal BPH lambat lah, pasal pakai orang dalam ke. Yes I admit, memang kes macam tu ada, even my co workers. Tapi takpe, we let Allah decide for us. I fully tunggu que ikut nombor giliran. Always pray untuk dipermudahkan. Kalau uolls dah buat permohonan, kira uolls dah ada effort, insyaAllah akan ada peluang. I doakan untuk uolls semua!

Ok tu sahaja entri untuk kali ni. Bye2..








No comments:

Post a Comment